Assalammualaikum semua.hari ni una nk tunjuk cara membuat aiskrim paling mudah
Bahan2
1 sudu besar gula
1/2 cawan susu segar
1/4 sudu kecil vanilla
6 sudu besar garam
Satu mangkuk besar ais
1 beg plastik besar (8 inci x 12 inci )
1 beg plastik kecil( 7 inci x 10 inci )
Dan gelang getah(ikut la banyak mana)
Cara nak buat dia senang jerrrpenuhkan setengah beg plastik besar dengan ais.taburkan garam pada aisCampurkan susu segar,gula dan vanilla dlm satu bekas dan kacau hingga rata.
Tuangkan campuran tadi ke dalam beg plastik kecil
Ikat beg plastik dgn getah.masukkannya ke dlm beg besar yang yang mengandungi ais tadi .tutup beg plastik besar dengan gelang getah.
Balut beg plastik besar dengan tuala kecil dan goncang beg selama 5 minit
selepas 5 minit nikmatilah aiskrim vanila tu,nk mkn dlm tu pon boleh
kalau nk buat banyak pakai beg platik lebih besar~~
nyum nyum~~
